Sunday, June 26, 2011

keboringan dan kesedihan.

aku ada rm30.
lalu aku beli la ini game.
tapi apa yang dah berlaku bila aku balik rumah..
kegembiraan yang aku harap-harapkan tidak kesampaian.
game yang aku beli rm30 tidak buleh dimain.
harapan aku hancur berkecai.
buat lah macam mana pun.tetap tak buleh main.

tapi nak buat macam mana an.
itu lah orang kata, tak ada rezeki.

tak pe. tunggu la nanti aku balik kL.
laptop siapa jadi mangsa. muahahaha ! !

Photobucket

Wednesday, June 22, 2011

saya masih sayang awak

selalu orang bercerita bila kita ada cerita kan ?
tapi kalau tak ada cerita mesti kita cerita apa kita rasa ?
aku rasa macam aku rindu arwah nenek aku..

aku rindu arwah nenek aku !
pernah tak korang rasa rindu kan sesorang ?
ok. aku dah agak ! korang mesti terfikir boy / girl korang.huh !
husband / wife ? tak kesah lah
rindu sebab beliau jauh bukan ?
agak macam mana kalau beliau pergi lagi jauh dari itu ?
tak payah cerita panjang, aku tau korang faham.

so, macam mana rasa nya ?
macam itu lah aku rasa.

aku rindu arwah nenek aku !
kata orang manusia berbeza-beza.
kalau pergi seorang.
yang lain pasti tak dapat menggantikan.

tapi tu orang kata.
aku pulak membuktikan..

aku rindu !
sumpah ! bila aku teringat arwah nenek aku.
terus aku teringat arwah atuk aku.

tapi, yang pergi tetap pergi kan ?
manusia pergi tinggalkan kenangan.
yang tinggal abadikan kenangan.

yang pergi kita sedekah kan alfatihah.
semoga rohnya ditempatkan orang-orang beriman.

dan aku?
tetap ingat aku ada nenek paling hebat ! !

"sabar mi. yang pergi tetap pergi"

Photobucket

Thursday, June 2, 2011

the past is past and i must turn to the future


aku dah hadapi apa yang aku dah hadapi.
and i told to myself that
" past is past. and we never turn back "
and he answered me.
" yup. u r right. and we must turn to the future "

but...
adakah aku tahu apa yang akan aku berlaku kelak ?
and should i know what happen to my future ?
perlu tak aku tentu kan sendiri masa itu ?
tanpa ada sesiapa tentukan, ubah dan paksa.
termasuk aku sendiri.

maksud aku...
aku sendiri mengubahnya pada saat-saat tertentu.
aku nak apa yang aku rancang.
aku tak nak apa yang akan terjadi.

berbeza tak ? mesti kau tak faham kan ?

dan aku jugak tak nak orang lain yang tentukan.
walaupun kami berkongsi.
yang perlukan persefahaman.

namun..
i know that is not mine.
itu semua ketentuan tuhan.
jadi. Ya Allah.
pekenankan lah doa hamba mu.




Photobucket

Monday, February 14, 2011

Thursday, January 20, 2011

PEMBETULAN

alhamdulillah. tindakan aku selama ini mungkin kurang menepati situasi. aku akui sememang nya berpunca dari pemikiran aku sendiri. aku yang berfikir melampaui batas. atau dengan kata lain aku berfikir tidak mengikut spesifikasi yang telah di tetap kan untuk seorang manusia bergelar teman lelaki.

yup, aku dah sedar sekarang. aku dah buat dia menangis kerana aku lagi. ntah yang ke berapa kali. aku kerap buat dia menangis. saya mintak maaf ye awak. saya betul2 tak sengaja. aku akan perbaiki kesilapan aku sendiri sebelum aku minta orang sekeliling aku perbaiki. sesungguhnya aku ingin dia sentiasa gembira bila bersama aku.

sesungguh nya aku masih seorang manusia yang perlu di tunding jari. meminta tunjuk ajar dari insan yang lebih mengetahui pusingan roda kehidupan manusia. banyak kekurangan dari aku yang dia sendiri sedia maklum. dan kelebihan yang aku miliki tidak seberapa adanya untuk dia. jadi memerlukan insan untuk aku memimpin dan dipimpin. tidak begitu ?

aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk membetulkan keadaan. menjernihkan dan memerlihara hubungan kami. kerana aku tahu harapan kami bukan lah sekadar angan2 mat jenin. aku tahu apa yang aku impikan. dan apa yang dia impikan.

Nur Izzati Jamaluddin. saya tahu awak masih awak yang dulu. dan saya slalu cuba menjadi saya yang masih dahulu. saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ya. saya dah cuba jadi yang terbaik untuk awak. dan itu lah yang terbaik awak dapat. saya pon manusia kan ? jadi
saya tetap 'hubby' awak yang terbaik kan ?

hey dunia ! dengar sini. aku ada sesuatu. korang mesti tak tahu yang aku dah start practical kan ? aku dah ada office sendiri. table aku sendiri. PC yang dipinjamkan company untuk aku sendiri. privacy note book. attend meeting. intai2 site bersama rakan2 baru aku kenal. Ir, QS, eng, kotraktor ect. tapi aku mula perasan yang dunia nih bukan mudah. jadi untuk memudahkan dunia aku. aku bercadang untuk menjadi seorang pemalas yang berjaya.

okey. aku nak jadi lecturer je lah ! heh sesuatu kerja yang mungkin tak mudah. tapi sesuai untuk manusia yang pemalas mcm aku. muahaha gaji yang tidak perlu dikais2. dan berbakti untuk Malaysia. sekali gus membalas budi guru2 aku dari kecik sehingga lah aku menjadi orang yang berguna.

*psst psst ! kOrang tau tak. jadi cikgu nih lah yang paling mudah.

yang masih mempunyai teman hidup,
Photobucket

ini apa yang aku rasa. warkah pinta kemaafan dari aku.

yup. aku mula rasa apa yang pernah aku rasa. skali lagi aku mula rasa aku kehilangan orang yang aku sayang. mungkin pada hakikat dia tak jauh pergi dari aku. pada zahirnya dia jauh dari mata aku. tapi dlm hati aku dia tetap dekat. namun itu semua pada hakikat. hanya pada aku. tak tahu pada hati dia.

yup. mungkin aku lupa diri masa aku bahagia. mungkin aku tak pernah terfikir apa bakal terjadi pada masa akan datang. mungkin aku langsung tak menyedari. mungkin aku tak pernah mintak semua ini. dan mungkin aku tak cukup bersyukur pada Allah apa yang aku miliki. sehingga kan Allah tarik semua nikmat yang aku pernah rasa. tapi sekarang menyesali nya tidak lagi berguna.

aku mula kehilangan kehidupan aku yang aku sendiri ikhlas aku bahagia. aku mula hilang rakan2 seperjuangan aku sekali lagi. aku mula hilang rakan2 karib aku. aku mula hilang teman hidup aku. dalam sekelip mata. yang tidak di duga. Ya Allah, kuat kan lah aku. tabahkan lah aku.

kadang2 aku rasa ingin membetulkan semua keadaan. bukan kadang2, slalu nya. tapi aku tak diberi peluang. atau aku sendiri tidak mencari peluang ? yup. aku lupa diri lagi. sekarang apa yang aku ada ? apa yang tinggal lagi untuk aku ?

aku pernah rasa kan ini satu masa dahulu. namun aku cuba bina kembali. setelah apa yang aku miliki aku lupa diri. aku tutup mata apa yang pernah terjadi. aku tak mencari ikhtibar apa yang pernah aku lalui. SALAH AKU SENDIRI.

perlu ke aku cari kembali apa yang pernah aku miliki. kehilangan sesuatu dan aku gantikan yang baru? aku lakukan apa yang pernah aku lalui? tapi mampukah aku ? tak apa. aku cuba sesuatu yang baru. kehidupan aku sambung apa yang aku kehilangan dan ku miliki sekarang ini. hidup menyendiri.

AKU TAK KUAT LAGI. AKU PERLU PERGI.
TERUS KAN HIDUP DALAM KEMPOMPONG SENDIRI.
TERIMA KASIH ATAS APA YANG AKU PERNAH MILIKI.
DOA AKU YANG TAK TERMAKBUL PASTI AKAN DATANG SENDIRI.
MAAFKAN ATAS SEGALA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LALUI.

yang kini hidup sendiri,

Photobucket

Thursday, October 21, 2010

Autoshow Bazar Rakyat seksyen 28


Bazar rakyat ( penganjur ) telah menjemput anda untuk menghadirkan diri pada Autoshow Bazar Rakyat seksyen 28 Shah Alam pada 24/10/2010 ini ( Ahad ).

Berikut tentatif program :

Tarikh : 24 Oktober 2010..Ahad...

Masa : 0930 pagi dah boleh mendaftar.
( 1000 sehingga 1800 petang )


*Kategorinya yang dipertandingkan.

- Proton Saga -

- Proton Iswara

- Proton LMST

- Saga Fiore

- Extreem


Tempat : Parking Lot Bazar rakyat sekyen 28.

Syarat2 KEmasukan.

1 - Setiap peserta ( pemilik sagaiswaralmst ) event yang menyertai hendaklah membayar RM 15 untuk meletakan kenderaan di sebelah dalam kawasan event berlangsung.Peserta tersebut akan mendapat :
Bayaran : RM 15
-- T shirt Peyertaan
-- Sijil Peyertaan

2 - Setiap peserta event ( pemilik sagaiswaralmst ) yang ingin menyertai pertandingan Autoshow yang di jalankan serentak di kehendaki membayar extra RM 20 ( keseluruhan RM 35 ).
Bayaran : RM 35
-- T shirt Peyertaan
-- Sijil Peyertaan
-- Masuk Pertandingan

Hadiah-hadiah :

Ada 5 kategori dan setiap kategori tersebut disediakan tempat pertama sehingga ketiga.


Diharap dapat memeriahkan lagi majlis Autoshow Bazar Rakyat 28 ini sebab majalah KERETA,GILA KERETA DAN AUTOMANIA ada pada masa tersebut...Jadi marilah kita suppr0t event ini

terima kasih dari kami warga :